Tuesday, March 24, 2009

Kap Alip wen..




Hari ini, sebelum kelas aku terserempak burger Korea ketika aku menyedut asap, rakan sekelas aku sejak dari tahun pertama lagi. Happy belated birthday katanya, membuatkan aku sedikit terharu. Dia kata, "once you (umor aku yang perlu disensored, sebab aku mahu lari dari realiti hidup) it will go fast man"

Aku hanya tersenyum, dalam hati aku, pekejadah nye mamat ni merepek!!!

Lepas kelas, aku makan tengah hari bersama rakan burger sekelas. Topik berkisar dari business hingga ke kahwin. Ya kahwin!! Satu topik taboo dalam hidup aku sekarang.

Tak tahu kenapa, topik kahwin semakin kerap terkeluar selepas cuti musim panas yang lalu. Bila fikir balik, terasa seperti sudah dewasa apabila topik-topik ini di utarakan. Bagi aku, topik ini masih taboo tak kira berapa kerap ianya di keluarkan.Adakah ini satu indikasi menunjukan yang aku sudah "dewasa." oh neraka tidak!!!

Aku rasa banyak benda yang perlu aku fikirkan sebelum kahwin. Bila lihat muka di cermin, memang dah ada ciri-ciri bapak orang. Tapi bila tengok sekali lagi, terasa baru semalam aku mandi wajib yang pertama.

Pengalaman dan pemerhatian aku ketika membesar membuat kan aku takut untuk berkahwin muda (bila masa pulak kau ada pengalaman kawen mude lol). Banyak contoh negative yang aku lihat berbanding positive. Mungkin juga aku sengaja exagerate, membuat kan isu ini aku tolak jauh-jauh.

Ada rakan burger wanita aku berkata, bila sudah kahwin, apa-apa masalah patut dikongsi bersama. Masalah apa, haa itu kita tak tahu. (kalau tak paham lawak ayat last ni pergi tgk los dan faun, lamps!!)

Memang betul sebagai suami isteri kita perlu berkongsi semua jenis masalah. Tapi mungkin aku masih lagi berfikiran kolot. Lelaki tipikal yang masih beranggapan segala masalah dari segi kewangan perlu diatasi oleh pihak lelaki sahaja. (ye aku tahu aku kolot dan ego tinggi, tapi ini prinsip aku)

Jadi untuk mengelak kan masalah kewangan bila sudah kawin, aku kenalah mencarik duit lebih dulu. Ada pekerjaan tetap, dan kalau boleh, dapat memandu bm 7 series dahulu. Baru la bakal mak mertua berasa yakin melepas kan anak dia. Tak begitu?


Oleh itu aku bertekat mahu jual burger bersungguh-sungguh. Kalau sebulan, 100K rakyat malaysia beli burger dari aku, dalam setahun mesti aku dah mampu beli bm siri 7. hoo yeah!!

12 comments:

Anonymous said...

kenot resist lar:
"baru smlm aku mandi wajib yg pertama"

bukan ke patut:
"baru smlm aku mandi wajib"

haha

Double McDouble said...

shuuuu... diam lerr
hahaha

.theweirdo. said...

dasar kawen lambat punye prinsip.

Double McDouble said...

tahu tak pe. harap2 aa
hahaha

Anonymous said...

haha. ya sekarang org suka kawin muda. anyway, tu masing2 punya pendapat. tak pun ko takot komitmen ni. huhu

Double McDouble said...

Btul tu bro. aku pun rase cam tu.
fuuuu

neesun said...

dude, wtf???? lol

ye, ko mmg da matang sbb da BLOG psl mnde ni..ahahah..zali2..maka bler ko tgh pk nk wat list table vip ko, jgn lupe aku ye..ahahah

Double McDouble said...

hampeh kamu neesun!!!!

jangan harap nk duk meje vip time aku kawen. ko aku dh assign keje.

jadi gadis bunge telor!!!!

hahaha

.theweirdo. said...

ehem2. jangan lupa tmpt vip tuk aku dh la k. seats for two, pls! ngeee~

eff the besh said...

normal la tu..guys kan mmg nk kawen lambat..
kesian kami2 kaum wanita ni yg kena tunggu.
pas penat tunggu lak, later on umur 50, guys jugak yg nk kawen lg satu.cari yg umur 20-30 gak kan?
kesian wifey2 kt umah tu kena tinggal..

*sorry..ter-emo pula..

Double McDouble said...

Mem: ngehe boleh2

Farah: alaa jgn pikir camtu. nape emo2 ni. hehe

vidadarisakura said...

napa kawin lambat?


haa..itu kita tak tahu.



lalalala

About Us

Recent

Random