Friday, March 20, 2009

Tambah tahun, tambah garam...

Orang kata tambah tahun tambah garam (garam mewakili kematangan disini)
Tapi aku tak nak kena darah tinggi!!!


Bile melihat kembali di zaman kanak-kanak aku dahulu, aku selalu mengagumi abang-abang yang berumur awal 20-an. Mereka kelihatan matang, bersuara besar, dan penuh gaya kelelakian. Tapi yang paling penting mereka sudah tidak dimarahi lagi oleh ibu-bapa mereka. Ketika itu aku cukup tidak sabar untuk menjadi dewasa.

Bila dewasa, aku akan bebas. Tak perlu kena marah lagi dengan mak kalau hendak bermain basikal sampai malam. Juga akan ada suara garau yang pasti membuatkan anak mak limah kampung sebelah termimpi-mimpi.

Penah cikgu Rosmawati Sa'diah, guru darjah 3 aku, berkata bahawa menjadi kanak-kanak adalah waktu yang paling seronok. selepas tu mungkin dia ada bercakap sebab-sebabnya, tapi aku sudah memekak kan telinga dan berkata "ahh McDouble tak perduli, McDouble nk jadi orang besar, nak jual burger pastu nak makan burger banyak-banyak!!!!!"

Sekarang aku sudah dewasa. Apa yang aku impikan dahulu aku sudah dapat. Aku boleh bermain basikal sampai malam tanpa siapa pun yang marah. Aku mempunyai suara garau yang di impikan dahulu. Impian aku sewaktu kecil dahulu sudah tercapai.

Tetapi bila dewasa, aku sudah perlu memikirkan perihal tanggungjawab. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan dahulu. Tanggungjawab yang cukup besar sehingga aku rasa lebih baik aku menjadi kanak-kanak kembali. Tak kisah di rotan 10 kali sehari, kalau itu dapat menjauhkan aku dari tanggungjawab.

Hari ini garam burger aku bertambah. Terima kasih kepada burger-burger yang wish aku. Tapi aku rasa yang paling berhak menerima semua kredit ini adalah mak aku. dialah yang bersusah payah melahirkan aku dahulu. tanpa dia, tiadalah aku!!!!



Terima kasih kepada Nora's Fort Wayne Burger diatas penajaan minyak wangi. Sangat terharu dan hampir menitiskan air mata!!!!! Surely you are the best. . .

2 comments:

.theweirdo. said...

i couldnt sing to u like i did few years back as u know why. surely next year aku nyanyi2 untuk ko, okayh. tuh pn kalu aku tak lupe. hihi. happy birthday dude! u know i'll pray the best for u. *psssstt..besday aku 12/6. ehem ehem. hahaha.*

Double McDouble said...

thanks babe. hehe

About Us

Recent

Random