Thursday, June 9, 2016

Everest Base Camp (EBC) - Ada Cerita Ada Cinta di Himalaya - Trekking Day 1

3 May 2016 - Tuesday - EBC Trekking Day 1



Pagi itu aku bangun tepat pada jam 5 pagi. Persiapan harus di buat awal kerana kerata yang dijanjikan akan datang menjemput tepat jam 6 pagi. Semua berjalan lancar. Tiba di airport juga awal seperti yang di rancang sehinggalah kami dapati airport yang dihantar salah! Kami di hantar ke Airport International dan bukannya domestic. Dengan penuh caci-maki, cuma dalam hati, aku berjalan ke domestic airport yang terletak dalam 5 minit perjalanan dari international Departure. 

Jadual pernerbangan dijanjikan pada pukul 7:15 pagi. Jam menunjukkan masa masih berbaki. Kaunter Sita Air, syarikat penerbangan pilihan kami, masih belum di buka.Tak mengapa.  Mungkin masih terlalu awal. Suasana di dalam airport pula tak ubah seperti pasar basah. Terdapat banyak bungkusan makanan mentah yang kelihatannya seperti ayam. Entah kemana barangan mentah ini hendak di hantar. Sebenarnya aku nak menyedapkan hati dengan menganggap itu adalah ayam walaupun tulang nya kelihatan lebih besar dari sepatutnya. Babi? Mungkin. Tapi aku anggap ayam sahaja. Entahlah.

Keadaan di Domestic Airport, Kathmandu
Kathmandu Domestic Airport



Jam sekarang menunjukkan pukul 7 pagi dan kaunter masih belum di buka. Hati mula gelisah dek menunggu lama tapi di pendam sahaja. Nasib di airport ni ada smoking room. Ya rokok lah yang sentiasa menjadi peneman aku bila aku rasa bosan. Not a good act, i know. Tapi tabiat lama ini memang agak sukar untuk di
kikis.

Tak lama selepas itu kami terdengar pengumuman yang mengatakan flight delay kerana keadaan berkabus di airport Lukla. Terpaksa menunggu lagi sehingga sehingga jam 9 pagi sebelum kami di panggil untuk boarding. Akhirnya! Alhamdulillah. Ke Lukla destinasi kami. 

Penerbangan yang digunakan adalah dari jenis Fokker yang hanya dapat menempatkan maksima 15 penumpang dan satu cabin crew. Fungsi cabin crew? Kejap lagi aku cerita. 

Episod menunggu kami masih belum berakhir. Selepas masuk ke ruangan berlepas, kami harus menunggu lagi. Tapi kali ini nasib tidak lama.  Kami di bawa ke kawasan kapal terbang dengan menaiki bas selepas itu.

Dalam bas menuju ke Fokker!

Di kawasan itu, selepas kapal terbang tiba dan menurunkan penumpang, kami harus menunggu lagi bagi kapal terbang itu mengisi minyak dan err charge battery kapal terbang. Mungkin. Aku membayangkan bateri kapal terbang itu hanya tinggal 20% dan harus di charge semula sehingga penuh. Fikiran liar kerana terpaksa menunggu lama hinggakan aku terpaksa duduk diatas landasan bersebelahan pesawat itu. Persetan apa yang orang lain mahu fikir. Duduk atas landasan sambil menunggu kapal terbang fully charged barulah rare!

Pesawat Fokker Sita Air

Jom duduk la Ki penat bediri lama tunggu Fokker ni abis charge! 
Tepat jam 10 kapal terbang memulakan pernerbangan. Dan haa.. fungsi kabin kru tadi adalah untuk memberi gula-gula dan membuat pengumuman secara manual supaya semua penumpang memakai tali pinggang keledar dan switch off handphone. 

Satu pengalaman yang baru bagi aku menaiki pesawat jenis ini. Kecil. Bouncy. Lebih kurang 10:20 kami tiba di lapangan terbang Lukla. Entah aku tak tengok jam ketika ini. Terlebih excited. Airport ini terkenal sebagai the most dangerous airport in the world! Bayangkan runway nya hanya 200 atau 300meter sahaja. Atau mungkin kurang lagi. Teruja.

Single seated Fokker. Ala business class! kah!

Dalam pesawat. Boleh tinjau cara pilot bawak kapal terbang

Semua teruja dan tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar.


Setelah pilot berjaya mendaratkan pesawat, seluruh penumpang bersorak dan menepuk tangan. Mungkin tanda bersyukur. Mungkin juga gembira. Aku juga turut serta. Gembira kerana sampai di Lukla dan juga kerana tanda bermulanya penggembaraan aku. Sempat aku bergambar bersebelahan Fokker dan di kawasan Airport.

Guesthouse di tepi Lukla Airport

Welcome to World most dangerous Airport. Tenzing-Hillary Airport Lukla


Keluar dari Airport, guide aku dah menunggu. Mingma namanya. Dari kaum Sherpa. Ya kaum yang terkenal kerana dari sekian lamanya membawa pendaki untuk ke puncak Everest. Masih muda. Baru berumur 20 tahun. Dari awal perkenalan aku dapat rasa yang english Mingma ni sangat limited. Tapi aku malas nk judge awal-awal. Tak apa. Aku ada banyak hari lagi untuk menilai sejauh mana language  barrier antara aku dan guide ni.

Sekitar Lukla


Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah makan dulu di salah satu kedai makan di Lukla. Itu meal pertama aku untuk hari ini. Lapar. Aku perlu tenaga untuk perjalanan ke check point pertama. Menu pilihan untuk lunch haritu adalah Dal Bhat. Dal bhat ni makanan simple. Nasi, kuah dal dan sayur goreng. Untuk muslim, aku tak nampak menu berasaskan babi di sepanjang trek ni. So tak perlu risau. Menu berasaskan vegetarian juga banyak. Tapi biasa la aku lidah melayu. Aku makan dal bhat tu dengan lauk sambal ikan bilis hijau yang mak aku kirimkan dari Malaysia. Cukup pedas! Baru kena dengan tekak aku bro.

Ruang makan 

Kedai makan kami yang  pertama di Lukla. Juga menyediakan tempat menginap. Jeket hitam itu lah guide kami, Mingma

Kami memulakan perjalanan tepat jam 12 tengah hari. Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah di pondok Polis pelancongan bagi mendaftar pendakian kami. Disini TIMS card akan diperiksa dan barang-barang berharga harus di declare. Ini adalah bagi memudahkan pengecaman jika barang-barang berharga yang di bawa hilang nanti. Semua urusan pendaftaran ni diuruskan oleh guide kami.

Tourist Police Station. 


Dari ketinggian 2800mdal (meter dari aras laut) di Lukla, kami berjalan menuju ke perkampungan pertama di Phakding. Berkedudukan pada 2600mdal, kebanyakkan trekk yang kami lalui adalah menurun. Terasa mudah. Tapi kami dapat membayangkan bila balik nanti pasti trek yang mudah ni akan menjadi sukar. Satu kepastian!

Prayer wheel yang banyak terdapat sepanjang trek.

Stupa. Pelancong di galakkan untuk berjalan di sebelah kiri Stupa bagi tanda hormat.


Sepanjang perjalanan, kami melewati beberapa kampung kecil. Oh dari Malaysia lagi aku ada membeli gula-gula Lollipop. Saja aku niatkan untuk bersedekat pada anak-anak di Nepal. Jadi dalam perjalanan, aku akan menghulurkan gula-gula kepada budak-budak kecil ni. Boleh bagi alasan lambat sebab hulur gula-gula kepada budak-budak ni. :P

Perjalanan ke Phakding rata-rata melalui trek pinggir sungai Dudh Koshi. Dudh Koshi yang bermaksud sungai susu, berpunca dari bahagian utara pergunungan Himalaya. Punca air ini mengalir dari kawasan glacier Everest! DarLukla ke Phakding juga akan melalui satu jambatan gantung. Aku dan Zaki cukup teruja bila menemui jambatan gantung ini. Ki ni la jambatan macam dalam movie Everest tu! Jom bergamba! There we are spending like 15 to 20 minutes bergamba! kah. 

Our first suspension bridge. Teruja!



Dalam pertengah perjalanan, hujan mulai turun. Renyai pada mulanya bertukar lebat. Mingma memberi cadangan untuk kami berhenti di salah satu cafe sementara menunggu hujan reda. Satu tindakkan tepat kerana hujan yang turun adalah hujan batu! Rasa seronok bila dapat melihat ketulan kecil ais jatuh dari langit. Rezeki. Kali terakhir aku melihat fenomena hujan batu ketika zaman belajar aku di US. It was like 10 years ago. Kali pertama ketika aku masih kecil. Semestinya bila fenomena ini berlaku lagi, aku tidak melepaskan peluang!

Hujan batu. Aku masih berharap di negeri orang ada hujan emas!


Kopi panas aku pesan menjadi peneman sementara hujan masih turun. Selesa. Fikiran melayang. Terfikir adakah tindakkan mengikut trek everest base camp ini adalah tepat. Entahlah. Langkah sudah bermula. Sedikit terlambat untuk berpatah balik. Sebetulnya perasaan risau masih menebal lagi ketika ini. Tak tau apa yang di risaukan. Tapi cerita-cerita yang ada aku baca mengenai pendaki yang tewas di trek Everest agak menghantui aku. Entahlah la. Aku cuma berpegang dengan janji pada diri sendiri untuk tidak terlalu push diri. Just listen to your body mate.

Sejurus hujan berhenti, aku meneruskan langkah. Dijangka akan memakan masa satu jam sebelum sampai ke destinasi pertama. 

Jangkaan ternyata benar. Kami tiba di Phakding dalam pukul 3:30. Guesthouse Shangri-la menjadi pilihan. Suasana klasik, tepat mengena jiwa aku. Tapi aku rasa semua guesthouse kat sini punya design klasik yang sama. 

Bilik kami di Phakding.

Berjalan sekitar Phakding. 


Berakhir misi hari pertama. Guide memberi info yang kami akan mula trekking esk pada 7:30 pagi. Perjalanan dijangka akan mengambil masa 6 jam dengan keadaan trek menaik. Harap esok semua berjalan seperti di rancang. Semoga di permudahkan. 

No comments:

About Us

Recent

Random