Thursday, March 26, 2009

Hero

2:27 PM
Burger-burger sekalian, korang mesti ada satu pekerjaan impian ketika masih kecil dulu kan. Aku juga bergitu.

Dari kecil lagi aku kagum dengan satu pekerjaan ni. Bagi aku, mereka yang berkerja dalam bidang ini adalah hero aku. Pekerjaan apa, haa ni aku nak bagi tahu.





Ya!! pekerjaan membawa bajak atau bahasa skema nya jentera berat.

Dulu ketika aku kecil, aku pernah dihadiah kan kereta bajak mainan. Aku panggil bajak aku bajak la duhhh... Hampir setiap hari aku bermain dengan bajak. tidor bersama, makan bersama dan berlajar pun bersama (nampak sangat exagerate disini)

aku selalu bermain menyodok pasir menggunakan bajak. dalam fikiran aku, bila dah besar aku nak bawak bajak. Bajak besar dan kuat. Kalau setakat mat rempit nak rempuh aku time bawak bajak, aku chill je sambil cungkil gigi.

Bila aku tengok orang bawak bajak atas jalan, nampak cool. Diorang chill je bawak bajak dengan kelajuan 15 km/j sambil tersenyum gumbira melayan lagu R. Azmi, nona singapura. sesekali nampak mulut diorg mengikut lagu itu

"macam itik pulang petang dia jalan melenggang,
bibirnya merah delima merekah,
kain tinggi sebelah betisnya membayang,
itu dia nona singapura2x"

*note kepada yang tak tahu lagu ini sila layan ni

Nona Singapura - R Azmi

tak pernah ada perasaan tergesa-gesa atau mengalabah walaupun kereta-kereta dibelakang dok hon-hon. Bagi dia "if you want to go fast, go ahead" kata pembawa bajak dalam british accent. membuatkan hati aku "melted" dan makin mengagumi mereka. Mungkin dia dulu belajar matematik dan sains dalam bahasa ingeris membuatkan dia boleh bertutur dalam bahasa itu.

Kegagahan dan keperkasaan bajak membuatkan pekerjaan itu tetap dihati aku sampai sekarang. Bila aku melihat pembajak-pembajak kat area rumah aku, aku berasa iri hati. mereke dapat bekerja perkerjaan yang aku impikan dulu.

Kepada pembajak-pembajak, korang hero dihati aku. tanpa korang, klcc tak kan ada.
Kalau ada burger-burger yang membaca entry ni dan juga bekerja membawa bajak, wa respek sama lu bro!!!

Tuesday, March 24, 2009

Kap Alip wen..

8:31 PM



Hari ini, sebelum kelas aku terserempak burger Korea ketika aku menyedut asap, rakan sekelas aku sejak dari tahun pertama lagi. Happy belated birthday katanya, membuatkan aku sedikit terharu. Dia kata, "once you (umor aku yang perlu disensored, sebab aku mahu lari dari realiti hidup) it will go fast man"

Aku hanya tersenyum, dalam hati aku, pekejadah nye mamat ni merepek!!!

Lepas kelas, aku makan tengah hari bersama rakan burger sekelas. Topik berkisar dari business hingga ke kahwin. Ya kahwin!! Satu topik taboo dalam hidup aku sekarang.

Tak tahu kenapa, topik kahwin semakin kerap terkeluar selepas cuti musim panas yang lalu. Bila fikir balik, terasa seperti sudah dewasa apabila topik-topik ini di utarakan. Bagi aku, topik ini masih taboo tak kira berapa kerap ianya di keluarkan.Adakah ini satu indikasi menunjukan yang aku sudah "dewasa." oh neraka tidak!!!

Aku rasa banyak benda yang perlu aku fikirkan sebelum kahwin. Bila lihat muka di cermin, memang dah ada ciri-ciri bapak orang. Tapi bila tengok sekali lagi, terasa baru semalam aku mandi wajib yang pertama.

Pengalaman dan pemerhatian aku ketika membesar membuat kan aku takut untuk berkahwin muda (bila masa pulak kau ada pengalaman kawen mude lol). Banyak contoh negative yang aku lihat berbanding positive. Mungkin juga aku sengaja exagerate, membuat kan isu ini aku tolak jauh-jauh.

Ada rakan burger wanita aku berkata, bila sudah kahwin, apa-apa masalah patut dikongsi bersama. Masalah apa, haa itu kita tak tahu. (kalau tak paham lawak ayat last ni pergi tgk los dan faun, lamps!!)

Memang betul sebagai suami isteri kita perlu berkongsi semua jenis masalah. Tapi mungkin aku masih lagi berfikiran kolot. Lelaki tipikal yang masih beranggapan segala masalah dari segi kewangan perlu diatasi oleh pihak lelaki sahaja. (ye aku tahu aku kolot dan ego tinggi, tapi ini prinsip aku)

Jadi untuk mengelak kan masalah kewangan bila sudah kawin, aku kenalah mencarik duit lebih dulu. Ada pekerjaan tetap, dan kalau boleh, dapat memandu bm 7 series dahulu. Baru la bakal mak mertua berasa yakin melepas kan anak dia. Tak begitu?


Oleh itu aku bertekat mahu jual burger bersungguh-sungguh. Kalau sebulan, 100K rakyat malaysia beli burger dari aku, dalam setahun mesti aku dah mampu beli bm siri 7. hoo yeah!!

Monday, March 23, 2009

Effin'

11:19 PM




Hari ni aku ade 2 kelas. kelas pertama aku pukul 1pm sampai 2pm. kelas ke-2 pukul 4 petang. aku tak tahu kenapa aku letih sangat hari ni. dalam kelas tadi aku dah puas menulis selfnote tuk aku tidak tertido di dalam kelas. malu la aku kat awek-awek blond kalau tertido dalam kelas keluar air liur basi!!

Lepas kelas aku balik ke rumah. perut berasa lapar, tapi aku tak nak makan di luar. Nak jimat duit sikit. Terus aku balik ke rumah dengan harapan KFC ada terhidang di atas meja.

Sampai di rumah, aku pergi ke meja makan di dapur. aku cuba mencari-cari KFC tapi hampa (walaupun aku tahu memang KFC tak akan ade atas meje tu, aku tetap berusehe!!) Lepas tu aku bukan peti sejuk, mana lah tahu KFC atau nasi kandar ada dalam peti sejuk. Sekali lagi aku hampa.

Dengan penuh kehampaan aku mencapai megi ramen. Megi pun megi la, janji perut aku yang dari tadi meraung dapat di senyapkan. Lepas makan aku melayan youtube sepam dua seperti biasa. Lepas melayan, kepala aku yang dari kelas tadi dah berat tidak tertahan lagi. Terus aku meng-set alarm dan tido. Kena bangun pukul 3.30pm sebab niat aku ke kelas pukul 4 masih menebal.

Tak perlu aku berangan lebih-lebih sebelum tido. kali ini, aku tertido lebih awal walaupun belum habis aku melelapkan mata.

Seperti baru seminit aku tidor, alarm yang aku set tadi sudah berbunyi. Dengan penuh sakit hati, aku menekan "snooze". Aku mahu tidor 5 minit lagi. Tak puas rasanya walaupun ketika itu sudah pukul 3.30pm. Alarm kedua telah berjaya aku snoozekan tanpa aku sedari. Dan bila alarm seterus nya berbunyi, aku tekan stop.

Kepala aku berat. dalam hati aku masih lagi ada 20 minit sebelum kelas bermula. Aku melihat jam di handphone aku

"FUCK!!!!!!!......"

Dengan perasaan sedih aku berlari-lari ke kelas

Lagu ni bermain-main di kepala aku.




Kisah Balik Cuti. .

1:30 AM



Ketika belajar di satu pusat persediaan di shah alam, aku sering balik ke kampung di hujung minggu bila tak ada aktiviti yang boleh dilakukan di kampus. Kampung pun dekat dan boleh balik dengan komuter saja.

Sampai di rumah, aku punggah semua baju-baju yang aku peram dari minggu sebelumnya ke dalam bakul laundry. (ini lah tujuan aku balik ke kampung, sebab malas nak basuh baju!!)

Badan aku letih, katil di bilik memanggil-mangil. Baru saja aku nak baring, tiba-tiba talifon aku berdering. (dalam hati aku celaka lah orang yang menalipon aku time-time cam ni)

"McDouble, i dengar u ade balik this weekends"

"Ye, i dah kat bilik ni. tapi ni sape"

"Ala ni i la, u tak kenal ke"

"mintak maaf la, kalau siti sarah i kenal la suare die"

"ala u ni, ni i la, diana"

"oh..diana amir" mungkin pemikiran aku sudah di alam mimpi, aku tak berapa perasan suara dia.

"ni.. nasha kate nak jumpe u kat tempat biase sekarang. die kate ade hal penting nak bagi tau"

"oh nasha pun balik jugak ke this weekends. ok i jumpe u jap lagi"

Dengan keletihan aku pun mencapai baju terbaik yang aku ada dari bakul laundry. Minyak wangi abang aku dirembat bagi menutupi bau-bauan seminggu lepas. Kasut adidas pasar malam aku sarung dan terus aku pergi ke tempat yang dijanjikan.

Dari jauh aku lihat nasha tertunduk-tunduk. Sesekali matanya di kesat. Mungkin masuk habuk, dalam fikiran aku.

Aku menghampiri Diana dan Nasha yang sedang duduk. Jantung aku berdebar. Nasha pernah menjadi wanita idaman aku suatu ketika dahulu. tapi masa dan jarak telah memisahkan kami.

"U, i nk cakap sesuatu" kata nasha sambil air mata dikesat.

"oh, sile la, i no hal" kata aku dengan berpura-pura bersikap dingin.

Nasha bangun menghampiri aku yang masih berdiri. Tangan aku dicapai lalu badan aku ditarik menghampiri nya. Wangian "pleasure intense Estee Lauder" yang disapu di belakang telinga nya semakin kuat aku hidu.

Nasha terus memeluk aku dan menyandarkan kepalanya ke dada aku.

"i suke kan u. i cinte kan u" suara halus nasha berkata dalam nada sedikit teresak.

Jantung aku seperti mahu pecah. degupan semakin kencang seperti dentuman pintu yang di tumbuk keras berkali-kali

dum...dum....dum...dum....


"McDouble bagun!!, keluarkan baju dalam beg tu. Mak nak basuh ni" jerit mak aku sambil mengetuk pintu bilik aku.

** bile mase pulak aku kenal Diana Amir dan Nasha Aziz!!!!! haih....-_-"

Friday, March 20, 2009

Tambah tahun, tambah garam...

9:17 PM
Orang kata tambah tahun tambah garam (garam mewakili kematangan disini)
Tapi aku tak nak kena darah tinggi!!!


Bile melihat kembali di zaman kanak-kanak aku dahulu, aku selalu mengagumi abang-abang yang berumur awal 20-an. Mereka kelihatan matang, bersuara besar, dan penuh gaya kelelakian. Tapi yang paling penting mereka sudah tidak dimarahi lagi oleh ibu-bapa mereka. Ketika itu aku cukup tidak sabar untuk menjadi dewasa.

Bila dewasa, aku akan bebas. Tak perlu kena marah lagi dengan mak kalau hendak bermain basikal sampai malam. Juga akan ada suara garau yang pasti membuatkan anak mak limah kampung sebelah termimpi-mimpi.

Penah cikgu Rosmawati Sa'diah, guru darjah 3 aku, berkata bahawa menjadi kanak-kanak adalah waktu yang paling seronok. selepas tu mungkin dia ada bercakap sebab-sebabnya, tapi aku sudah memekak kan telinga dan berkata "ahh McDouble tak perduli, McDouble nk jadi orang besar, nak jual burger pastu nak makan burger banyak-banyak!!!!!"

Sekarang aku sudah dewasa. Apa yang aku impikan dahulu aku sudah dapat. Aku boleh bermain basikal sampai malam tanpa siapa pun yang marah. Aku mempunyai suara garau yang di impikan dahulu. Impian aku sewaktu kecil dahulu sudah tercapai.

Tetapi bila dewasa, aku sudah perlu memikirkan perihal tanggungjawab. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan dahulu. Tanggungjawab yang cukup besar sehingga aku rasa lebih baik aku menjadi kanak-kanak kembali. Tak kisah di rotan 10 kali sehari, kalau itu dapat menjauhkan aku dari tanggungjawab.

Hari ini garam burger aku bertambah. Terima kasih kepada burger-burger yang wish aku. Tapi aku rasa yang paling berhak menerima semua kredit ini adalah mak aku. dialah yang bersusah payah melahirkan aku dahulu. tanpa dia, tiadalah aku!!!!



Terima kasih kepada Nora's Fort Wayne Burger diatas penajaan minyak wangi. Sangat terharu dan hampir menitiskan air mata!!!!! Surely you are the best. . .

Thursday, March 19, 2009

No Arms, No legs, No Worries

1:14 AM
Seperti biasa kerja aku malam-malam adalah melayan youtube. Dari lagu sampai ke video klip lawak, seterus nya ke video lucah 13sx je (aku baik do) dan akhir sekali aku terjumpa video ni.

Tak nak cakap banyak. Korang layan la. Video ni ade 3 part. Korang cari la sendiri part yang lain dekat youtube tu.




Secara fizikal, memang aku menang. tapi secara mental, dia jauh lebih hebat dari aku. Video ni berjaya membuatkan aku berpikir panjang. . . .

Monday, March 16, 2009

Sepering!!!

6:15 PM



woo spring datang lagi. Ni mungkin musim bunga terakhir bagi aku di negara asing ni. Ya!! negara asing yang ramai burger-burger di malaysia boikot.

Aku ada juga tepikir nak boikot. Contohnya, tak pergi ke kelas sebab nak boikot product US!! (alasan yang baik ni. haha) Satu lagi usaha murni aku untuk boikot US adalah dengan tidak membuat homework. Aku tak nak burger lain cakap aku mengikut telunjuk "polis dunia" ni. (yes alasan kukuh untuk lari dari realiti hidup!!!)

Tapi kalau perasan, banyak jugak burger-burger dalam list aku datang dari McD. Contohnya McChicken, Big Mac etc. Apo ni jang, kato nak boikot!!

Saturday, March 14, 2009

David Hilliard

11:52 AM
David Hilliard satu nama yang tidak asing dalam dunia photography. Penceritaan yang cuba disampaikan menerusi gambar-gambar, cukup simbolik dan artistik.

Bagi sesetengah orang, gambar hanyalah sebagai satu bahan tatapan yang mungkin memiliki kenangan dimana saat-nya terperangkap diatas kertas. Ada juga yang beranggapan bahawa gambar sebagai sejarah, dan untuk maju kehadapan, sejarah hanyalah tauladan.

Sedikit yang kau tahu, gambar boleh digunakan sebagai medium untuk mengekspresikan perasaan. Melalui pemilihan objek yang tepat dan sedikit daya kreativiti, gambar mampu menjadi medium bagi menyampaikan informasi-informasi yang dihajati.

Media pengantaraan bagi menyampaikan masej tidak terhad kepada gambar sahaja. Media klise yang selalu digunakan untuk menyampaikan masej adalah bahasa. Satu mesej hanya berjaya disampaikan apabila si penerima mampu memahami dan mengaplikasikan masej itu. Jika tidak, media itu semestinya satu media yang lemah.



Masej apekah yang cube disampaikan ni?


p/s buat ape gado-gado same kite, mari layan burger!!!!!!

Friday, March 13, 2009

Acaii!!!!!!!!. . .

4:12 AM






Anda mahu menghilangkan berat badan dalam masa 15 hari? Gunakan acai pills. Saya sudah mencubanya. Anda bila lagi. Tidak perlu klik link di YM. Pergi sahaja ke Walmart's (save money, live better)

Testimonial Acai pills

Fillet O Fish,
Ya lihat la pinggang ku, ramping kan. Terima kasih Acai pills.

McChicken,
Sebelum ini saya menggunakan diet SALAD, tetapi tidak berjaya. Selepas mengambil acai pills, saya sudah ada double chins, hebat!!!! (testimonial has been marked as a spam)

Panang,
Dahulu saya tak pernah percaya dengan benda-benda macam ini. Saya telah mencuba diet masam-masam sikit, tapi tak pernah berjaya. Sekarang setelah mencuba Acai pills dalam masa seminggu, berat badan saya sudah 0.2kg dibawah target!!!

Teetos,
Makcik menang motor!!!!! (testimonial has been marked as a spam)


Pulut,

(Testimonial has been deleted by the author)



p/s lepas ni aku nk buat burger acai la. hahaha

Thursday, March 12, 2009

Woot woot!!!

4:12 PM
All rite. . .

Alam micro selalu mendapat tempat menerusi lens aku. Aku suka details yang terdapat di alam kecil ni yang mana orang selalu tak ambil peduli. Sebab itu aku rasa sangat berbaloi membeli micro lens.

Seperti yang dijanji kan dalam post sebelum ni, aku akan sertakan gambar-gambar titisan air selebihnya. Walaupun mengambil sedikit masa. Sekarang aku dah jadi semakin sibuk. Sibuk membuat aktiviti-aktiviti yang aku suka seperti melayan youtube.






more photos. . .

Kat sini aku nk ucapkan selamat datang ke dunia blog kepada Burger Petole yang telah menjadi penchenta burger. I know u lap me babe. i lap u too!!!

p/s badan aku letih, perut perut kenyang. ape lagi tidor!!!!!


Monday, March 9, 2009

It's Ziana Zain Baby!!!

9:08 PM
Hari pertama aku dalam 'quarter' terakhir aku. yeah! baby pembelajaran aku hampir tamat. Sejak menceburkan diri dalam dunia blog ini, aku rasa masa aku semakin mengecil. Kalau dulu, banyak ruang masa akan aku habiskan dengan tidor, ya itulah hobi yang paling aku suka. Dulu, kini dan selamanya (macam kenal je tag line ni).

Tadi aku dengan penuh rasa bersalah telah melayan youtube. Dok seronok melayan, aku terjumpa satu rancangan yang aku cukup familiar, bak kata pepatah "macam biasa kenai. . . sedara ka." Burger-burger sekalian, rancangan AF atau akademi fantasia telah bermula!! Aku tahu lepas ni mesti ramai burger-burger diluar sana kutuk maki aku sebab melayan AF. Tapi aku peduli apa.

Dengan selamber burger nye aku pun melayan. Tapi ada sesuatu membuatkan aku 'disturbia.' Susah nak aku ungkapkan dengan kata-kata. Korang layan dan judge la sendiri video ni. (tumpukan perhatian pada minit ke 1:55)

Warning! This video will probably make you vomit in green. It is so horrible that you might want to kill yourself. Please do not watch this if you still love yourself!!



Amacam burger-burger, berapa banyak muntah yang terkeluar. May that Ziana rot in hell.

wah! banyak pula aku berbicara dalam bahasa ingeris dan banyak juga aku terlari tajuk. Ini blog gambar, bukan blog komen-komen youtube la!!!

Apa-apa pun ni preview gambar yang aku tembak semalam. Aku taruk satu je, sebab laptop aku terlalu lembab dan aku hilang sabar untuk mengecilkan gambar-gambar semalam. Tapi aku akan upload gambar-gambar itu bila ada masa dan aku akan update kemudian.

enjoy


Sunday, March 8, 2009

Sunday Morning

3:00 PM
Nature satu tema yang aku suka. Bile melihat gambar-gambar nature, hati aku jadi tenang. Tapi ini semua tidak bermaksud aku Naturist, walaupun gambar-gambar naturist boleh membuatkan aku tersenyum puas.

Pagi ni aku bangun awal dengan harapan untuk menembak gambar titisan hujan. Aku cukup bertuah sebab pagi ni ade mist!!! yeah sunday morning mist. Cuaca pagi ni tak ubah seperti kat malaysia!! Membuatkan aku lagi happy.








Berbaloi juga la aku bangun pagi-pagi (padahal time tu dah pukul 11.30 pagi. arghh daylight saving dah habis, aku rugi 1 jam mase tido aku).

p/s Lepas ni aku ingat nk tembak gambar portrait balik la. Ada sapa-sapa nak jadi model aku?

More images

Saturday, March 7, 2009

New Mini Home Studio

10:34 PM
Yeay project mini home photography studio aku baru dilancarkan (baru ade space untuk berkarya dalam bilik, sebelum ni bilik aku macam sarang tikus) lol

Terima kasih lah kat McChicken sebab kasi aku tripod baru walaupun belom birthday aku lagi. You are the best man.

Aku baru lepas tembak gamba gune tripod baru. Hidup lebih mudah dan kurang gegaran di gambar.

Ni sebahagian hasil yang aku dapat.








Untuk melihat gamba selebihnya klik disini.

Aku ingat nk tembak gamba rain drops tapi apakan daya hari ni hujan lebat sampai ke malam
Tak ape esok masih ada. klu esok tak hujan, aku buat artificial hujan sendiri. haha

Thursday, March 5, 2009

Aku Mahu Cokin

7:24 AM
Semalam aku melepak dengan sahabat-sahabat burger. Aku janji dah tak nak main pokemon lagi, tapi apakan daya takdir menentukan segalanya (bapak jiwang ayat!!)

Nak buat macam mana,
Fillet O Fish rasuah aku dengan tomyam. Kene jugak lah main pokemon. Tak apa, aku rasa main pokemon masih lagi boleh menjadi lelaki dingin (cool)

Gambar2 ni dah lame aku tembak, tahun lepas kalau tak silap aku. tapi time tu aku tak reti lagi berblog-blog ni.






p/s ade sape2 yang baik hati nk beli kan aku cokin filter? hahaha

Wednesday, March 4, 2009

Spring Break!! arghh

12:24 PM
Cuti musim bunga sudah bermula. Sebab banyak sangat masa terluang, maka wujudlah blog ni.
aku pikir blog ni aku nak jadikan tepat untuk aku letak gamba-gamba yang aku "tembak"
atau dalam bahasa ingeris nya shoot. Daripada aku main pokemon baik aku buat blog ni aight.

Sesi bergambar ni aku buat sebab nak cuba lens yang aku baru beli. Ya!! aku beli lens baru.






About Us

Recent

Random