Monday, March 23, 2009

Kisah Balik Cuti. .




Ketika belajar di satu pusat persediaan di shah alam, aku sering balik ke kampung di hujung minggu bila tak ada aktiviti yang boleh dilakukan di kampus. Kampung pun dekat dan boleh balik dengan komuter saja.

Sampai di rumah, aku punggah semua baju-baju yang aku peram dari minggu sebelumnya ke dalam bakul laundry. (ini lah tujuan aku balik ke kampung, sebab malas nak basuh baju!!)

Badan aku letih, katil di bilik memanggil-mangil. Baru saja aku nak baring, tiba-tiba talifon aku berdering. (dalam hati aku celaka lah orang yang menalipon aku time-time cam ni)

"McDouble, i dengar u ade balik this weekends"

"Ye, i dah kat bilik ni. tapi ni sape"

"Ala ni i la, u tak kenal ke"

"mintak maaf la, kalau siti sarah i kenal la suare die"

"ala u ni, ni i la, diana"

"oh..diana amir" mungkin pemikiran aku sudah di alam mimpi, aku tak berapa perasan suara dia.

"ni.. nasha kate nak jumpe u kat tempat biase sekarang. die kate ade hal penting nak bagi tau"

"oh nasha pun balik jugak ke this weekends. ok i jumpe u jap lagi"

Dengan keletihan aku pun mencapai baju terbaik yang aku ada dari bakul laundry. Minyak wangi abang aku dirembat bagi menutupi bau-bauan seminggu lepas. Kasut adidas pasar malam aku sarung dan terus aku pergi ke tempat yang dijanjikan.

Dari jauh aku lihat nasha tertunduk-tunduk. Sesekali matanya di kesat. Mungkin masuk habuk, dalam fikiran aku.

Aku menghampiri Diana dan Nasha yang sedang duduk. Jantung aku berdebar. Nasha pernah menjadi wanita idaman aku suatu ketika dahulu. tapi masa dan jarak telah memisahkan kami.

"U, i nk cakap sesuatu" kata nasha sambil air mata dikesat.

"oh, sile la, i no hal" kata aku dengan berpura-pura bersikap dingin.

Nasha bangun menghampiri aku yang masih berdiri. Tangan aku dicapai lalu badan aku ditarik menghampiri nya. Wangian "pleasure intense Estee Lauder" yang disapu di belakang telinga nya semakin kuat aku hidu.

Nasha terus memeluk aku dan menyandarkan kepalanya ke dada aku.

"i suke kan u. i cinte kan u" suara halus nasha berkata dalam nada sedikit teresak.

Jantung aku seperti mahu pecah. degupan semakin kencang seperti dentuman pintu yang di tumbuk keras berkali-kali

dum...dum....dum...dum....


"McDouble bagun!!, keluarkan baju dalam beg tu. Mak nak basuh ni" jerit mak aku sambil mengetuk pintu bilik aku.

** bile mase pulak aku kenal Diana Amir dan Nasha Aziz!!!!! haih....-_-"

2 comments:

petole said...

sengal. nasib bukan mimpi 18 tahun ke atas. isk3.

Double McDouble said...

haha cerite mimpi 18 tahun keatas akan aku tulis. tapi bukan sekarang. hahaha

About Us

Recent

Random