Thursday, March 26, 2009

Hero

Burger-burger sekalian, korang mesti ada satu pekerjaan impian ketika masih kecil dulu kan. Aku juga bergitu.

Dari kecil lagi aku kagum dengan satu pekerjaan ni. Bagi aku, mereka yang berkerja dalam bidang ini adalah hero aku. Pekerjaan apa, haa ni aku nak bagi tahu.





Ya!! pekerjaan membawa bajak atau bahasa skema nya jentera berat.

Dulu ketika aku kecil, aku pernah dihadiah kan kereta bajak mainan. Aku panggil bajak aku bajak la duhhh... Hampir setiap hari aku bermain dengan bajak. tidor bersama, makan bersama dan berlajar pun bersama (nampak sangat exagerate disini)

aku selalu bermain menyodok pasir menggunakan bajak. dalam fikiran aku, bila dah besar aku nak bawak bajak. Bajak besar dan kuat. Kalau setakat mat rempit nak rempuh aku time bawak bajak, aku chill je sambil cungkil gigi.

Bila aku tengok orang bawak bajak atas jalan, nampak cool. Diorang chill je bawak bajak dengan kelajuan 15 km/j sambil tersenyum gumbira melayan lagu R. Azmi, nona singapura. sesekali nampak mulut diorg mengikut lagu itu

"macam itik pulang petang dia jalan melenggang,
bibirnya merah delima merekah,
kain tinggi sebelah betisnya membayang,
itu dia nona singapura2x"

*note kepada yang tak tahu lagu ini sila layan ni

Nona Singapura - R Azmi

tak pernah ada perasaan tergesa-gesa atau mengalabah walaupun kereta-kereta dibelakang dok hon-hon. Bagi dia "if you want to go fast, go ahead" kata pembawa bajak dalam british accent. membuatkan hati aku "melted" dan makin mengagumi mereka. Mungkin dia dulu belajar matematik dan sains dalam bahasa ingeris membuatkan dia boleh bertutur dalam bahasa itu.

Kegagahan dan keperkasaan bajak membuatkan pekerjaan itu tetap dihati aku sampai sekarang. Bila aku melihat pembajak-pembajak kat area rumah aku, aku berasa iri hati. mereke dapat bekerja perkerjaan yang aku impikan dulu.

Kepada pembajak-pembajak, korang hero dihati aku. tanpa korang, klcc tak kan ada.
Kalau ada burger-burger yang membaca entry ni dan juga bekerja membawa bajak, wa respek sama lu bro!!!

9 comments:

Anonymous said...

pergh lagu ni memang smart n stylo. hahah

teringat aku satu lagu ni bila baca pasal bajak.

If you don't like the way I'm a driving
Get back on the interstate
Otherwise sit tight and be nice
And quit your honking at me that way.

lagu craig morgan-international harvester. lol

Double McDouble said...

haha international harvester y'all. country song. nice one!!

eff the besh said...

dulu 1st cita2 nk jadi polis. pastu i pikir kalau tak dpt jadi polis, i nk jadi nurse.
mmm..n the song is familiar.

Double McDouble said...

heee now u jd doctor. lg hebat!!!
hehe

noora said...

haha..cam adik aku gak..apsal bebudak lelaki suke sgt ngn bendealah bajak ni pn aku taktau..

p/s:kau still tak abis2 dgr ke lagu nona s'pura tu..tukar lagu lain laa...tak indie la wey..lol

Double McDouble said...

haha tak boleh lupe a lagu nona s'pore ni. duk main2 kat pale. pastu teringat ko. pastu senyum sinis sinchan. hahaha

vidadarisakura said...

aku pun respek la jugak!hahaa

Double McDouble said...

Vida: yeah idup abg bajak. haha

h a r i z, H said...

cita2 aku masa kecik2 ikut musim. maksud aku, ada musim takde langsung cita2 dan ada musim banyak sangat cita2 sampai tak tau pilih mana.

masa musim kedua tu, cita2 paling cool pernah aku ada, nak kerja buat bahan tembikar. aku tengok tv1 kot (gle tak cool) pasal dokumentari tu. terus jadi bersemangat korek2 tanah (pikir tanah liat) buat2 bentuk dan bakar. banyak gak la aku buat. gle ah.

About Us

Recent

Random