The Next Penjual Burger's 5-cent™

Thursday, June 9, 2016

Everest Base Camp (EBC) - Ada Cerita Ada Cinta di Himalaya - Trekking Day 1

11:30 AM
3 May 2016 - Tuesday - EBC Trekking Day 1



Pagi itu aku bangun tepat pada jam 5 pagi. Persiapan harus di buat awal kerana kerata yang dijanjikan akan datang menjemput tepat jam 6 pagi. Semua berjalan lancar. Tiba di airport juga awal seperti yang di rancang sehinggalah kami dapati airport yang dihantar salah! Kami di hantar ke Airport International dan bukannya domestic. Dengan penuh caci-maki, cuma dalam hati, aku berjalan ke domestic airport yang terletak dalam 5 minit perjalanan dari international Departure. 

Jadual pernerbangan dijanjikan pada pukul 7:15 pagi. Jam menunjukkan masa masih berbaki. Kaunter Sita Air, syarikat penerbangan pilihan kami, masih belum di buka.Tak mengapa.  Mungkin masih terlalu awal. Suasana di dalam airport pula tak ubah seperti pasar basah. Terdapat banyak bungkusan makanan mentah yang kelihatannya seperti ayam. Entah kemana barangan mentah ini hendak di hantar. Sebenarnya aku nak menyedapkan hati dengan menganggap itu adalah ayam walaupun tulang nya kelihatan lebih besar dari sepatutnya. Babi? Mungkin. Tapi aku anggap ayam sahaja. Entahlah.

Keadaan di Domestic Airport, Kathmandu
Kathmandu Domestic Airport



Jam sekarang menunjukkan pukul 7 pagi dan kaunter masih belum di buka. Hati mula gelisah dek menunggu lama tapi di pendam sahaja. Nasib di airport ni ada smoking room. Ya rokok lah yang sentiasa menjadi peneman aku bila aku rasa bosan. Not a good act, i know. Tapi tabiat lama ini memang agak sukar untuk di
kikis.

Tak lama selepas itu kami terdengar pengumuman yang mengatakan flight delay kerana keadaan berkabus di airport Lukla. Terpaksa menunggu lagi sehingga sehingga jam 9 pagi sebelum kami di panggil untuk boarding. Akhirnya! Alhamdulillah. Ke Lukla destinasi kami. 

Penerbangan yang digunakan adalah dari jenis Fokker yang hanya dapat menempatkan maksima 15 penumpang dan satu cabin crew. Fungsi cabin crew? Kejap lagi aku cerita. 

Episod menunggu kami masih belum berakhir. Selepas masuk ke ruangan berlepas, kami harus menunggu lagi. Tapi kali ini nasib tidak lama.  Kami di bawa ke kawasan kapal terbang dengan menaiki bas selepas itu.

Dalam bas menuju ke Fokker!

Di kawasan itu, selepas kapal terbang tiba dan menurunkan penumpang, kami harus menunggu lagi bagi kapal terbang itu mengisi minyak dan err charge battery kapal terbang. Mungkin. Aku membayangkan bateri kapal terbang itu hanya tinggal 20% dan harus di charge semula sehingga penuh. Fikiran liar kerana terpaksa menunggu lama hinggakan aku terpaksa duduk diatas landasan bersebelahan pesawat itu. Persetan apa yang orang lain mahu fikir. Duduk atas landasan sambil menunggu kapal terbang fully charged barulah rare!

Pesawat Fokker Sita Air

Jom duduk la Ki penat bediri lama tunggu Fokker ni abis charge! 
Tepat jam 10 kapal terbang memulakan pernerbangan. Dan haa.. fungsi kabin kru tadi adalah untuk memberi gula-gula dan membuat pengumuman secara manual supaya semua penumpang memakai tali pinggang keledar dan switch off handphone. 

Satu pengalaman yang baru bagi aku menaiki pesawat jenis ini. Kecil. Bouncy. Lebih kurang 10:20 kami tiba di lapangan terbang Lukla. Entah aku tak tengok jam ketika ini. Terlebih excited. Airport ini terkenal sebagai the most dangerous airport in the world! Bayangkan runway nya hanya 200 atau 300meter sahaja. Atau mungkin kurang lagi. Teruja.

Single seated Fokker. Ala business class! kah!

Dalam pesawat. Boleh tinjau cara pilot bawak kapal terbang

Semua teruja dan tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar.


Setelah pilot berjaya mendaratkan pesawat, seluruh penumpang bersorak dan menepuk tangan. Mungkin tanda bersyukur. Mungkin juga gembira. Aku juga turut serta. Gembira kerana sampai di Lukla dan juga kerana tanda bermulanya penggembaraan aku. Sempat aku bergambar bersebelahan Fokker dan di kawasan Airport.

Guesthouse di tepi Lukla Airport

Welcome to World most dangerous Airport. Tenzing-Hillary Airport Lukla


Keluar dari Airport, guide aku dah menunggu. Mingma namanya. Dari kaum Sherpa. Ya kaum yang terkenal kerana dari sekian lamanya membawa pendaki untuk ke puncak Everest. Masih muda. Baru berumur 20 tahun. Dari awal perkenalan aku dapat rasa yang english Mingma ni sangat limited. Tapi aku malas nk judge awal-awal. Tak apa. Aku ada banyak hari lagi untuk menilai sejauh mana language  barrier antara aku dan guide ni.

Sekitar Lukla


Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah makan dulu di salah satu kedai makan di Lukla. Itu meal pertama aku untuk hari ini. Lapar. Aku perlu tenaga untuk perjalanan ke check point pertama. Menu pilihan untuk lunch haritu adalah Dal Bhat. Dal bhat ni makanan simple. Nasi, kuah dal dan sayur goreng. Untuk muslim, aku tak nampak menu berasaskan babi di sepanjang trek ni. So tak perlu risau. Menu berasaskan vegetarian juga banyak. Tapi biasa la aku lidah melayu. Aku makan dal bhat tu dengan lauk sambal ikan bilis hijau yang mak aku kirimkan dari Malaysia. Cukup pedas! Baru kena dengan tekak aku bro.

Ruang makan 

Kedai makan kami yang  pertama di Lukla. Juga menyediakan tempat menginap. Jeket hitam itu lah guide kami, Mingma

Kami memulakan perjalanan tepat jam 12 tengah hari. Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah di pondok Polis pelancongan bagi mendaftar pendakian kami. Disini TIMS card akan diperiksa dan barang-barang berharga harus di declare. Ini adalah bagi memudahkan pengecaman jika barang-barang berharga yang di bawa hilang nanti. Semua urusan pendaftaran ni diuruskan oleh guide kami.

Tourist Police Station. 


Dari ketinggian 2800mdal (meter dari aras laut) di Lukla, kami berjalan menuju ke perkampungan pertama di Phakding. Berkedudukan pada 2600mdal, kebanyakkan trekk yang kami lalui adalah menurun. Terasa mudah. Tapi kami dapat membayangkan bila balik nanti pasti trek yang mudah ni akan menjadi sukar. Satu kepastian!

Prayer wheel yang banyak terdapat sepanjang trek.

Stupa. Pelancong di galakkan untuk berjalan di sebelah kiri Stupa bagi tanda hormat.


Sepanjang perjalanan, kami melewati beberapa kampung kecil. Oh dari Malaysia lagi aku ada membeli gula-gula Lollipop. Saja aku niatkan untuk bersedekat pada anak-anak di Nepal. Jadi dalam perjalanan, aku akan menghulurkan gula-gula kepada budak-budak kecil ni. Boleh bagi alasan lambat sebab hulur gula-gula kepada budak-budak ni. :P

Perjalanan ke Phakding rata-rata melalui trek pinggir sungai Dudh Koshi. Dudh Koshi yang bermaksud sungai susu, berpunca dari bahagian utara pergunungan Himalaya. Punca air ini mengalir dari kawasan glacier Everest! DarLukla ke Phakding juga akan melalui satu jambatan gantung. Aku dan Zaki cukup teruja bila menemui jambatan gantung ini. Ki ni la jambatan macam dalam movie Everest tu! Jom bergamba! There we are spending like 15 to 20 minutes bergamba! kah. 

Our first suspension bridge. Teruja!



Dalam pertengah perjalanan, hujan mulai turun. Renyai pada mulanya bertukar lebat. Mingma memberi cadangan untuk kami berhenti di salah satu cafe sementara menunggu hujan reda. Satu tindakkan tepat kerana hujan yang turun adalah hujan batu! Rasa seronok bila dapat melihat ketulan kecil ais jatuh dari langit. Rezeki. Kali terakhir aku melihat fenomena hujan batu ketika zaman belajar aku di US. It was like 10 years ago. Kali pertama ketika aku masih kecil. Semestinya bila fenomena ini berlaku lagi, aku tidak melepaskan peluang!

Hujan batu. Aku masih berharap di negeri orang ada hujan emas!


Kopi panas aku pesan menjadi peneman sementara hujan masih turun. Selesa. Fikiran melayang. Terfikir adakah tindakkan mengikut trek everest base camp ini adalah tepat. Entahlah. Langkah sudah bermula. Sedikit terlambat untuk berpatah balik. Sebetulnya perasaan risau masih menebal lagi ketika ini. Tak tau apa yang di risaukan. Tapi cerita-cerita yang ada aku baca mengenai pendaki yang tewas di trek Everest agak menghantui aku. Entahlah la. Aku cuma berpegang dengan janji pada diri sendiri untuk tidak terlalu push diri. Just listen to your body mate.

Sejurus hujan berhenti, aku meneruskan langkah. Dijangka akan memakan masa satu jam sebelum sampai ke destinasi pertama. 

Jangkaan ternyata benar. Kami tiba di Phakding dalam pukul 3:30. Guesthouse Shangri-la menjadi pilihan. Suasana klasik, tepat mengena jiwa aku. Tapi aku rasa semua guesthouse kat sini punya design klasik yang sama. 

Bilik kami di Phakding.

Berjalan sekitar Phakding. 


Berakhir misi hari pertama. Guide memberi info yang kami akan mula trekking esk pada 7:30 pagi. Perjalanan dijangka akan mengambil masa 6 jam dengan keadaan trek menaik. Harap esok semua berjalan seperti di rancang. Semoga di permudahkan. 

Saturday, June 4, 2016

Everest Base Camp (EBC) - Ada Cerita Ada Cinta di Himalaya - The Beginning

7:38 AM

1 - 2 May 2015 - Sunday & Monday - The Beginning

Permulaan aku untuk mencapai misi yang aku impikan. Sememangnya EBC ada di dalam "wishlist" aku. Tapi aku tak sangka apa yang aku impikan dapat terlaksana secepat ini. Kerja gila. Ya gila. Macam mana aku boleh terjebak ni?

Permulaan.

Sebenarnya plan asal aku adalah untuk trekking ke Annapurna Base Camp (ABC) bersama 4 sahabat yang lain. Asal nya dari ajakkan kawan aku, Zaki, bersama 3 lagi sahabatnya yang lain, Adem, Abang Usin dan Razi. Mereka berempat sudah berkawan lama. Dari zaman universiti lagi. Kira aku hanya menumpang trip mereka kali ini. 

Tawaran tiket tambang murah dari Airasia membuatkan aku tidak fikir panjang untuk membelinya. Tambahan aku masih ada credit shell dari Airasia kerana pembatalan tiket aku ke Lombok untuk mendaki Rinjani kesan dari letusan nya tahun lepas. 

Kurang lebih 6 bulan kami survey blog dan minta the best quatation untuk package ke ABC. Semua berjalan lancar sehingga seminggu sebelum tarikh kami berangkat. 

Abang Usin mendapat kabaran yang ayahnya terkena serangan stroke dan mengatakan tidak dapat menyertai trip kali ini. Sedih. Tapi kami fikir jika kami di tempat dia, memang itu keputusan yang terbaik dan tentunya kami akan lebih sedih lagi. 

Perihal cuti aku juga menjadi isu. Bos aku meletakkan syarat untuk aku bercuti. Satu kerja harus di siapkan sebelum cuti di luluskan. Indeed, itu adalah minggu yang paling tertekan. Di tambah satu berita yang sedih. Tak perlu la aku tulis pasal benda tu, boleh jadi novel! Tulis panjang-panjang mana ada orang nak baca! Kah.

Akhirnya cuti aku diluluskan pagi hari jumaat. Sebetulnya aku dah beremosi menyatakan selamat jalan kepada rakan-rakan aku sebab cuti tak lulus. Bayangkan flight tiket aku pada hari ahadnya! Kesannya, aku cuma ada sabtu untuk membeli persiapan untuk ke ABC. Drama!

Line Up ke Nepal. Dari kiri, aku, Razi (ye ramai yang ingat nama Razi ni lelaki), Adem dan Zaki


Perjalanan dari KUL ke Kathmandu (KTM) berjalan lancar. Flight penuh dengan warganegara Nepal. Satu yang pelik dalam penerbangan ini, toiletnya sentiasa penuh. Aku sehabis boleh cuba untuk tidak menggunakan tandas dalam pesawat. Bukan kerana kotor, cuma kurang selesa. Tapi penerbangan ni, full house toiletnya! Dalam pesawat, kru kabin akan memberikan borang ketibaan untuk diisi. Hanya untuk pelawat. Zaki terpingga-pingga di dalam cabin sebab tidak di berikan borang. Belum sampai Nepal lagi dah di salah anggap warganegra. Kah! Aku tiada isu. Muka mirip Pan-asia katanya. :P

Full House!


Tiba di KTM, segala urusan immigration berjalan lancar. Oh aku dah buat visa melawat lebih awal masa di Malaysia. Lebih murah. Cara nak buat senang saja bro. Pegi embassy Nepal di KL, area Masjid India tu, dan tanya la pak guard kat sana cara-caranya. Lebih mudah dan lebih murah berbanding buat di Airport KTM yang bayarannya dalam USD!

Kathmandu Airport. Namaste!


Sampai KTM sudah gelap. Kami mengambil taxi di luar Airport dan terus ke Thamel Street. Mereka akan cuba untuk mengenakan bayaran yang mahal. Just cakap, we will take if it is 500NPR dengan nada ala-ala balik kampung je Nepal tu. So deal yang simple. Kami pilih Thamel St sebab kat situ macam syurga shopping untuk barang-barang outdoor. Jadi lebih mudah untuk beli apa yang tak cukup.

Melayan Zaki bergamba. Hotel kami di Thamel Street

Trip aku ni total solid 15 hari. Masa stress cuti tak approve lagi, aku ada terfikir, kalau cuti aku diluluskan nanti, aku nak all out untuk trip ni. Biar lebih berbaloi. Sebab bukan senang aku nk dapat cuti panjang. Jadi bila sampai di KTM aku terfikir alang-alang dah sampai Nepal, why not cuba trek Everest Base Camp (EBC). Hitungan hari macam cukup. Jadi malam tu di KTM, kami survey cara untuk melaksanaankan misi gila plan last minit ni.

Our Room. Dinner tapau nasi lauk bilis dari Malaysia
Selepas survey untuk harga flight ke Lukla, yang menjadi starting point trek EBC, guide dan hotel, aku dan Zaki bersetuju. Tapi Razi dan Adem berfikir mereka tidak physically fit lagi untuk terus ke EBC. Kami berbincang dan akhirnya kami bersetuju untuk berpecah. Adem dan Razi mengikut plan asal untuk ke ABC dan kami berdua proceed ke EBC. Alang-alang bro!

Esok nya aku dan Zaki menguruskan tiket flight dari KTM ke Lukla dan membeli barangan yang kami kira perlu untuk trekking di EBC manakala Adem dan Razi menguruskan permit untuk ke ABC. Kami sempat juga berjalan-jalan di sekitar bandar Kathmandu untuk melihat kuil-kuil lama yang masih terkesan dari gemba bumi kuat 2015.

To be continued....

Morning Strret view dari depan hotel kami di Thamel Street.

Busy Street of Kathmandu



The famous masjid kat Kathmandu
Tugu Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay di Nepal Tourism Board Office

Yang nak uruskan permit sendiri ke ABC boleh pergi ke sini.

Salah satu temple di Kathmandu


Kesan runtuhan akibat gemba 2015


Sumber air. Masih tidak perbaiki

Bulan May boleh di kira musim bunga di Nepal. Pokok tepi jalan ni pun berbunga.



Saturday, April 9, 2016

Aku Pernah Cerita Tak?

1:56 PM


Ayat standard aku bila nak start cerita.

"Cerita apa"

Ala pasal no phone baru aku ni. "Ok kenapa dengan nombor baru ko tu?"

Macam ni. Aku guna nombor baru sebab nombor lama tu registered under nama mak aku. So bila ada apa-apa urusan akan jadi susah. Makanya aku pilih untuk dapatkan nombor baru bila daftar dengan satu telco service provider ni.

Plan telco ni ok. Boleh kata antara yang termurah berbanding pesaing yang lain. Ok aku bukan nak bagi iklan percuma untuk telco tu. Aku nak cerita benda lain.

Bila aku mula guna nombor baru, aku selalu dapat call dari nombor pelik. Ada yang dari bank, ada dari astro dan semua nya mencari orang bernama En. Mohd Nor. Aku pasti itu nama owner lama nombor yang aku guna sekarang. Nasib la dapat nombor recycled. Oh aku ada bagi tahu tak yang nombor baru ni juga ada voice message suara owner lama kalau aku tak angkat phone. Ok itu takpa. Perkara kecil. Sampai suatu hari.

Suatu hari ada nombor asing. Biasanya aku macam malas nak layan tapi this time aku angkat.
"Hello, Assalammualaikum"
Waalaikumsalam
"Nor apa khabar? Lama tak dengar cerita kau. Bla bla bla."

Bila dengar nama Nor tu aku dah tak fokus apa yang dia cuba nak sampaikan. Itu owner lama!

Err maaf pakcik saya bukan Mohd Nor. Saya baru guna nombor ni.
"Oh laaa ye la nak (anak), Nor tu pun dah meninggal. Pak cik lupa"

(Moment of silence here. Mensedekahkan al-fatihah. Mungkin)

Rupanya orang yang di cari telah meninggal dunia! Ok seram jugak bila fikir balik nombor yang aku guna masih ada voice message orang yang sudah tiada.

Fast forward lepas hampir setahun guna nombor ni, selain bank yang masih degil tidak terima hakikat owner lama sudah tiada, ada satu lagi nombor misteri. Nombor yang bila aku angkat dia akan letak. Tapi keep on calling dan biasanya lewat malam. Sampai suatu hari aku call balik nombor tu. Beberapa kali aku call tapi di reject. Hai main kasar ni! Aku give up dan mula mencari cara block nombor tu. Mungkin itu jalan terbaik. Kah!

Ketika aku baru nak block nombor tu, nombor yang sama menghantar text melalui whatsapp.

"Salam, maaf kalau saya sering mengganggu. Sebenarnya nombor ini nombor arwah ayah saya. Bila saya rindu arwah, saya akan call untuk dengar voice message arwah. Sebab itu bila awak angkat, saya letak balik. Maaf mengganggu"

Ok first thing first, must check profile picture on whatsapp. Cantik. Anak perempuan arwah. Boleh layan. Bila tanya lebih baru la tahu kisah arwah serba sedikit. Sedih. Kalau aku cerita kat sini boleh buat satu entry baru. Yang ni pun dah panjang. Kamu semua, ya kamu, kan malas membaca. Kahkah.

Disebabkan rasa simpati aku decide untuk tidak membuang voice message suara arwah tu. Tak apa. Bukan aku dengar pun. Kau orang yang call kacau aku masa aku tidur yang akan dengar. Itu balasan nya. 😈 Aku cuba letakkan aku di tempat anak arwah. Rindu. Itu pasti.

So gambar bawah ni masih di tanjung tuan. Kenapa aku suka sangat tanjung tuan? Nanti la aku cerita. Dah boleh publish jadi novel entry ni. Kahkahkah!





2016! Gila Lama Aku Tidur!

10:56 AM
Hai guys. I know no one is reading this but i'm going to keep on posting on this. It's like a diary la kot.

Baru teringat aku pernah ada blog fotografi dulu tapi dah lupa password. Haha sign of aging. Mungkin. Satu hari aku abiskan masa untuk cuba ingat balik password blog ni. And here I am.

So kali ni aku datang balik. Dengan tool baru. (Camera lama dah rehat dalam aman). Camera Hp, q new mirrorless camera and an action camera. Tgk la mana yang cun aku tepek la kat sini.

So today, out of boredom, aku pergi bukit batu putih, tanjung tuan. Sempat snap beberapa gamba. Just for the introduction of new me. I'll post these 2 pics first.

Enjoy!





Wednesday, October 27, 2010

Dia datang dengan lenggan lenggok nya~

4:50 AM
Pelanggan: Mano ko poie ni jang. lamo tak bukak warong ko ni.

DMD: haaa pakcik tu cirita lama. tak baik ungkit-ungkit. sekarang saye dah bukak burger ni balik. (huu harap2 kali ni terus bukak la)

Pelanggan: elok la tu jang. sojak ko takdo ni, dak lamo pakcik tak makan bogo.

DMD: baiklah pakcik. kali ini saya akan berusaha keras!!!!!

(huuuu ngantuk btul la mendung2 macam ni. take a nap dulu la)

Pelanggan : -__-"

Thursday, July 23, 2009

ngagagaga

4:53 PM
perghhh lame gile x update. dam lg mengangur lagi malas nk update blog. huhu ni gambo trip terenganu








huhu bulan lepas janji nk update bende lain tp pikir2 balik baik x yah. huuuuu.
leytah

Tuesday, June 9, 2009

FOLLOW @ INSTAGRAM

About Us

Recent

Random